Tuesday, October 30, 2012

Public Gold Terkeluar dari "Alert List" BNM


Alhamdulillah, lepas sebulan penat explain pasal isu ni, akhirnya yang benar tetap benar. Public Gold telahpun terkeluar dari "Alert List" Bank Negara Malaysia semalam (28 Oktober 2012). Sahabat semua boleh klik DI SINI untuk dapatkan Alert List terkini. Maksudnya, BNM telahpun sahkan Public Gold menjalankan aktiviti jual beli emas secara tulen, tak ada apa-apa SKIM pelaburan ditawarkan.

Dari awal lagi saya rasa ada yang tak kena dengan penyenaraian Public Gold dalam Alert List tu. Demi untuk menengkan pelabur, saya ulas secara detail di artikel "Public Gold Tersenarai Alert List BNM, Apa Cerita?". Kalaupun benar ada isu, isunya sangat kecil dan langkah pembetulan dapat dibuat dengan mudah sebab Public Gold memang sebuah syarikat yang komited dengan undang-undang. Sebelum bermula operasi lagi, Public Gold dah pun hantar surat memohon kebenaran untuk jalankan aktiviti jual beli emas dan mendapat respon yang positif dari BNM.

Sumber: Mohd Zulkifli

Thursday, October 18, 2012

Public Gold dalam Consumer Alert List BNM?


Assalamualaikum,
Sebenarnya isu ini dah lama iaitu 3 minggu yang lepas iaitu bertarikh 27 September 2012. Semua pihak sedang menunggu pengumuman terbaru dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum keluarkan posting tentang isu Public Gold termasuk dalam “Alert List” BNM.
Tapi isu ini kembali hangat selepas keluar dalam paper Berita Harian  17 Oktober 2012. Disini saya akan memberi ulasan secara terperinci dengan anda apa yang sebenarnya terjadi:
Kenapa Public Gold Tersenarai?
Hasil perbualan telefon saya dengan pegawai Bank Negara pada pagi ini jam 9:00 pagi, senarai ini terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Company Fraud List
  2. Consumer Alert List
Akan tetapi tidak sukar untuk dibezakan kerana BNM mengeluarkannya dalam senarai yang sama. Perkara ini yang menyebabkan pelabur emas Public Gold terkejut/panik dengan senarai yang dikeluarkan.
Melalui maklumat yang diberikan oleh pegawai berkenaan, Public Gold tergolong dalam kumpulan ke-2. Tujuannya adalah agar pelabur berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membeli emas dari mana-mana syarikat yang tersenarai. Jika berlaku apa-apa maka Bank Negara tidak akan bertanggungjawab.
Maksudnya disini adalah Public Gold bukan blacklisted dalam senarai yang pertama seperti yang terjadi kepada 7 syarikat yang diserbu oleh Bank Negara pada minggu yang lepas kerana secara terang-terangan modus operandi mereka bercanggah dengan Akta Bank Negara iaitu terlibat dalam 3 perkara:
  1. Melibatkan kontrak (tempoh 3-6 bulan)
  2. Menawarkan hibah @ pulangan tetap bulanan.
  3. Pelabur tidak dapat emas di tangan
Dalam tempoh 24 jam iaitu 28 September 2012, pihak Public Gold Management telah mengaturkan pertemuan dengan pegawai Bank Negara mengenai isu ini untuk mendapatkan penjelasan dari pihak BNM mengapa Public Gold tersenarai. Soalan pertama dari pegawai BNM adalah bagaimana Public Gold beroperasi.
Chairman Public Gold iaitu Dato’ Louis Ng membentangkan business model Public Gold kepada pegawai BNM:

1. Public Gold telus hanya terlibat dalam urusan jual beli emas. Beli emas dapat emas

2. Tidak ada kontrak pembelian. Emas PG boleh diwariskan kepada 3 generasi (contoh)

3. Berkenaan dengan Dealership Public Gold. Pembelian minimum bernilai RM20,000 sebenarnya dapat emas yang bernilai RM20,000. (Bukannya dapat pamplet, name card dan etc).

4. Public Gold mendapat pengiktirafan dari kerajaan terutamanya dari dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri sebagai minter rasmi Pertabalan Yang Dipertuan Agong.
Pengumuman yang dibuat oleh Public Gold melalui facebook rasmi tentang penyenaraian.
Betul Ke Public Gold Tawarkan SKIM Pelaburan?
Antara soalan BNM tanya ialah, “macam mana Public Gold control dealer-dealer?”. Bila isu ni ditimbulkan, mungkin ada dealer yang “mislead” orang awam, dan memang ramai dealer yang Public Gold dah terminate sebab tak patuh pada etika.
Ketika ini Public Gold mempunyai lebih 10,000 orang dealer berdaftar di seluruh Malaysia.
En. Syukor Hasyim, General Manager Public Dinar sertai perjumpaan dengan BNM.
Tindakan PG berjumpa BNM dalam masa 24 melambangkan komitmen syarikat terhadap undang-undang.
Hasil daripada perjumpaan tu, BNM berpuashati dengan penjelasan dan kerjasama Public Gold. Secara overallnya, Public Gold dilihat ‘clean’ dari sebarang aktiviti seperti SKIM pelaburan emas yang lain. Public Gold dah submit semua dokumen yang diperlukan oleh BNM dan telahpun hentikan beberapa urusan dalaman yang mungkin bermasalah dari sudut peraturan BNM seperti skim pembelian secara EPP, dan fasiliti ‘pajakan’ PSP untuk dealer – yang mana telah diwujudkan sebagai ‘exit plan’ bila kebanyakkan Ar-Rahnu tak terima lagi pajakan gold bar dan gold coin pada pertengahan tahun 2011.
Dalam masa seminggu, Public Gold hantar semua dokumen yang diminta BNM.
Feedback Positif BNM Tentang Public Gold
Cuma sekarang ni, BNM tengah review kertas kerja untuk keluarkan Public Gold dari “Alert List”. Kita tunggu “Alert List” terbaru yang akan dikeluarkan oleh BNM dalam masa terdekat. Nanti sahabat semua boleh semak senarai tu. Berdasarkan feedback yang diterima dari BNM, saya dan seluruh Master Dealer serta pihak Management PG yakin Public Gold akan terkeluar daripada senarai tu.
Kalau sahabat semua tak yakin, boleh contact direct kepada BNM di talian 1300-88-5465.
Surat kebenaran BNM untuk PG menjalankan aktiviti jual beli emas.
Isu ni pada saya dah hampir selesai, seperti mana kenyataan media pihak Public Gold iaitu:
  1. Pada 9 Oktober 2012 pihak BNM mengesahkan bahawa business model atau modus operandi perniagaan jual beli emas Public Gold adalah sah @ Genuine.
  2. Perkara kedua yang ditunggu oleh semua pihak sehingga ke hari ini adalah nama Public gold di keluarkan dari senarai Consumer Alert list.
Saya yakin dengan reputasi dan konsep perniagaan yang telus dari Public Gold akan memudahkan proses perlaksaan removal dari list consumer alert list. Semua orang tahu konsep perniagaan emas Public Gold adalah pertamanya dibuat berdasarkan ilmu tentang simpanan emas fizikal itu sendiri perlu difahami sebelum membeli emas Public Gold.
“Real Wealth Protection”
  • 27 September 2012 – Bank Negara mengeluarkan Consumer Alert List (Public Gold tersenarai)
  • 28 September 2012 – Public Gold Management berjumpa dengan pegawai Bank Negara di HQ BNM di Kuala Lumpur.
  • 9 Oktober 2012 – Public Gold disahkan sebagai syarikat pelaburan emas yang “genuine” dari Bank Negara
  • Until Now – Menunggu nama Public Gold dikeluarkan dari alert list.
Insya-allah saya pasti Public Gold akan dikeluarkan dari senarai Alert List tidak lama lagi.
Sumber: Hafizul Hakim Mohd Kerta, Public Gold Sarawak

TERKINI (9:33 pagi, 19 Oktober 2012)

Saya teleh menghubungi sendiri BNM di talian 1300885465 berhubung isu tersebut. Pegawai yang bertugas memaklumkan bahwa isu timbul apabila ada orang yang membuat laporan (palsu) bahwa PG ada mengambil deposit. Apabila terdapat laporan begitu BNM akan bertindak untuk menyiasat bagi kepentingan umum. Beliau juga meimaklumkan bahwa beberapa pertemuan dan perbincangan diantara BNM & PG telah dibuat. Hasil siasatan adalah positif berpihak pada PG. Soalnya bila nama PG akan dikeluarkan dari Alert List?

Sebagai salah seorang pelabur PG tuduhan yang dibuat berniat jahat kerana PG tidak pernah menjalankan sebarang aktiviti pengambilan wang deposit. Soal untung rugi bergantung kepada harga pasaran emas/perak dunia. Saya percaya isu ini akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi, insya'Allah. Wallahu a'lam.