TERDAPAT 3 JENIS PENGEDAR PUBLIC GOLD:
1 –
Normal Dealer (ND) (Komisen 1%) – Perlu membeli emas/perak sekurang-kurangnya RM20,000 dalam satu resit. Akan layak menjadi Priority
Dealer jika jumlah jualan mencapai RM100,000 dalam masa 6 bulan (dinilai dari
January hingga Jun / Julai hingga Disember setiap tahun) dan berjaya merekrut 3
orang Normal Dealer.
2 – Priority
Dealer (PD) (Komisen 1.5%) – Perlu membeli emas atau perak sekurang-kurangnya RM100,000 dalam satu resit. Akan layak menjadi Master Dealer jika
jumlah jualan mencapai RM500,000 dalam masa 6 bulan (dinilai dari January
hingga Jun / Julai hingga Disember setiap tahun) dan berjaya merekrut 3
orang Priority Dealer.
3 – Master
Dealer (MD) (Komisen 2%) - Untuk menjadi MD perlu bermula dari PD dengan jualan mencapai RM500,000 dalam 6 bulan dan merekrut 3 PD.
CARA-CARA UNTUK MULA MENJADI PENGEDAR
Untuk menjadi seorang pengedar Emas yang sah, anda perlu menyediakan modal permulaan untuk menjadi peniaga emas, sebanyak minimun RM20,000 (untuk modal membeli emas sebagai Normal Dealer).
Untuk menjadi seorang pengedar Emas yang sah, anda perlu menyediakan modal permulaan untuk menjadi peniaga emas, sebanyak minimun RM20,000 (untuk modal membeli emas sebagai Normal Dealer).
Anda
bebas untuk memilih mana-mana produk untuk dibeli sebagai permulaan seperti
Jongkong Emas, Syiling Emas, Dinar Emas, Barang Kemas dan Jongkong Perak. Anda
juga boleh mencampurkan produk yang diingini, asalkan pembelian minimum
bernilai RM20,000 dalam satu resit.
Jika
kita lihat, komisen (1% – 2%) yang diberikan tidaklah sebesar mana, akan
tetapi, apa yang penting, HARGA emas ditangan kita yang semakin MENINGKAT
dari tahun ke tahun.
Dengan
modal RM20,000, tidak mustahil anda boleh membuat jualan sehingga mencapai
RM50,000 atau RM100,000 setiap bulan jika kena cara promosi dan pemasarannya.
Sebagai contoh, anda memulakan perniagaan dengan modal RM20,000, bermakna, anda
telah mempunyai stok emas/perak yang bernilai RM20,000. Anda telah layak untuk
menerima komisen sebanyak 1% pada bulan berikutnya yang akan dimasukkan ke
dalam akaun bank yang anda daftarkan.
Dengan
stok ditangan bernilai RM20,000, kemudian, anda berjaya menjual stok tersebut
sebanyak RM10,000, maka anda stok anda tinggal RM10,000 dicampur dengan wang
tunai RM10,000 (hasil dari jualan tadi). Dengan wang tersebut, anda beli lagi
emas dari Public Gold untuk menggantikan emas anda yang telah dijual tadi. Dari
pembelian RM10,000 itu, anda layak lagi komisen 1%. Jadi, berat emas ditangan
anda TIDAK BERKURANGAN dan komisen anda dapat. Cuba bayangkan
jika anda berjaya mengulangi proses Jual dan Beli emas beberapa kali dalam masa
sebulan. Mungkin anda berjaya membuat Jual/Beli RM50,000. Maka, Komisen anda
adalah 1% dari RM50,000.
Cara
perniagaan Normal, Priority dan Master Dealer adalah sama sahaja cuma
pembahagian komisen sahaja yang berlainan. Public Gold akan memberi peluang
kepada semua pengedarnya untuk melakukan promosi dengan kreativiti sendiri
contohnya melalui facebook, blog, risalah, seminar
dan sebagainya. Sebagai tanda penghargaan terhadap usaha
pengedar-pengedarnya, kenaikan ‘pangkat’ adalah terbuka kepada semua.
Sumber: Emas Zaman
Sumber: Emas Zaman
No comments:
Post a Comment