Tips Emas

11 KESILAPAN KETIKA MEMBELI/MELABUR EMAS



1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.

2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

3: Membeli barang kemas. Barang kemas PERHIASAN biasa bukanlah emas pelaburan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (2) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.

4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e.www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.

6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik. Sila rujuk artikel "5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan".

8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.

10: Menjual emas ditempat yang salah. Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa.

11: Melabur emas melalui skim cepat kaya. Pelabur emas wajib berhati-hati ketika membeli emas untuk pelaburan. Syarikat-syarikat yang menawarkan skim keuntungan yang berlebihan seperti pulangan bulanan yang lumayan harus dihindari. Terdapat banyak syarikat-syarikat pelaburan emas yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia yang beroperasi tanpa lesen dan terlibat dalam aktiviti money laundering yang boleh mendatangkan kerugian di kemudian hari.

Sumber: Mohd Zulkifli

--------------------------------------------------------------------

5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!


Dalam keghairahan melabur emas, sebenarnya terlalu banyak kes penipuan dalam urusan jual beli emas, especially urusniaga melalui facebook! Itulah pemerhatian saya selama setahun lebih terlibat dengan jual beli emas. Sebab tu saya tak syorkan orang baru terlibat dengan emas buat belian pertama melalui facebook.

Baik & Buruk Beli Emas Dari Facebook

Kelebihan membeli emas melalui facebook (secondary market) ialah mungkin kita dapat harga lebih murah daripada harga pasaran (primary market) sebab kebanyakkan penjual adalah penjual individu,  bukan dealer. Tetapi silap hari bulan, duit kita boleh lebur!

Selain daripada penipuan, kekurangan membeli emas melalui facebook ialah anda melabur tanpa BIMBINGAN yang betul, di mana saya nampak, dealer yang berpengalaman jer yang boleh bagi bimbingan yang tepat. Tanpa bimbingan yang tepat, duit yang anda nak labur boleh jadi lebur! Saya memang dapat banyak email, sms, panggilan telefon mintak bimbingan pelaburan emas. Dan ramai juga yang contact saya yang telahpun ‘tersilap’ dalam melabur!

Kesilapan Melabur Tanpa Bimbingan

Antara kesilapan yang biasa orang buat ialah:
  1. Beli emas dalam ketulan yang besar, dan emas tu susah dicairkan kelak.
  2. Beli gold bar dan dinar, sedangkan mereka nak pajak emas tu.
  3. Beli emas atas dasar ini company “orang kita” semata-mata.
  4. Beli emas yang conditionnya tak baik (calar, kemek), tiada sijil, resit dan sealnya dah dibuka.

Dan beberapa lagi kesilapan yang saya biasa jumpa. Boleh baca dalam artikel “11 Kesilapan Pelabur Emas!”. Untuk elakkan sahabat semua kena tipu masa membeli emas, saya bagi 5 tips penting:

Tips #1 - Semak Kredibiliti Penjual

Semak profile penjual, cek berapa ramai friend, aktif ataupun tak dalam facebook, guna nama & foto sebenar ataupun samaran. Kalau tiba-tiba muncul dalam facebook dan nak menjual, itu kena hati-hati. Kalau anda tak aktif berfacebook, sure anda tak akan kenal siapa orang baru, siapa orang lama dalam facebook. So, baik jangan berurusniaga melalui facebook kalau macam tu.

Tips #2 - Urusniaga Cara COD Sahaja

Elakkan membeli secara pos kalau tak kenal kredibiliti penjual. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah Cash on Delivery (COD). Dia hulur emas, anda hulur duit! Saya memang tak berani beli emas cara pos ni unless saya betul-betul kenal penjual tu secara peribadi. Kalau nak cara pos juga, anda kena bersedia untuk rugi kalau penjual tu tak pos emas yang dijanjikan.

Mungkin penjual tu tak tipu, tapi mana tahu lepas anda bank-in duit, penjual tu terlibat dalam kemalangan dan tak siapa tahu anda ada berurusniaga dengan dia. Sebagai dealer yang sedikit berpengalaman, bila customer transfer duit ke akaun saya, saya akan asingkan emas tu dan letak note dalam plastik seal emas tu. Saya akan tulis nama pembeli, no. contact pembeli, dah bayar ke belum, tarikh urusniaga dsb. Setiap urusniaga melalui email, saya akan "bcc" kepada email isteri saya. Ini penting supaya kalau saya mati, waris saya tahu emas tu bukan milik saya dan dia boleh contact pemilik untuk claim emas tu.

Tips #3 - Berjumpa Di Tempat Public

Buat appointment di mana-mana tempat public dan jangan sesekali buat appointment di tempat yang tak ramai orang ataupun tersorok. Saya paling suka berjumpa di bank sebab (1) ada CCTV, dan (2) boleh transfer duit melalui ATM jer, minimumkan bawa duit cash.

Tips #4 - Cek Keadaan Emas

Pastikan tiada kesan calar, kemek, bengkok, ada sijil atau resit (kalau emas tu perlukan resit & sijil). Kalau emas Lady Fortuna, KFH, dan emas lain yang condition asalnya berseal, pastikan sealnya masih belum dibuka. Kalau dah buka, lupakan emas tu sebab susut nilainya akan tinggi, melainkan dia bagi diskaun 25%!

Nasihat saya, kalau anda first time beli emas, baik jangan beli melalui facebook sebab anda tak pernah tengok macam mana keadaan, bentuk dan saiz emas yang tulen. Silap hari bulan, orang bagi emas palsu pun anda tak tahu! (“,)

Tips #5 - Semak Harga Semasa

Pastikan harga tu bebaloi dibeli berbanding harga semasa, tapi kalau harga terlalu rendah, hati-hati! Mungkin itu penipuan, ataupun condition emas tu dah tak elok. Saya pernah nak beli emas harga yang sangat murah, tapi bila berjumpa dengan owner tu, saya tengok condition emas tu tak elok. Dah calar, ada kesan gigit, dan berat pun dah kurang 0.03 gram! So, saya cancel jer. Nasib baik saya guna cara COD, kalau bayar dulu baru dia POS macam mana? Huh hu…

Antara kes penipuan yang didedahkan di facebook.


Untuk Selamat, Cari Authorised Dealer

Untuk lebih selamat, saya syorkan beli dari authorised dealer jer. Walaupun harga yang anda beli adalah pada harga semasa pasaran, tapi yang paling penting anda dapat banyak manfaat sampingan, antaranya:
  1. Bimbingan percuma.
  2. Update terkini tentang pelaburan emas.
  3. Condition emas confirm OK.
  4. Risiko penipuan sangat rendah, especially dealer tu memang aktif, ada facebook sendiri, ada blog ataupun website yang aktif dsb. Pendek kata, kalau dia nak tipu, dia tak boleh lari…
  5. Dan banyak lagi yang tak ternilai harganya.

Ada satu tips penting kalau beli dari Authorised Dealer, iaitu jangan mintak diskaun sebab komisyen dealer ni sangat kecik. Sekitar 1% - 2% jer. Kos mereka ambik emas, hantar emas, bil telefon untuk consult anda, masa mereka spent untuk bantu anda, risiko bawa emas, mungkin tak berapa berbaloi dengan komisyen yang mereka terima. Anda kira sendirilah berapa mereka dapat kalau komisyennya cuma 1%.

Sebab tu ramai dealer tak layan kalau orang nak beli setakat 1, 2 dinar sebab memang tak berbaloi. Walaupun macam tu, saya tetap akan layan walaupun 1 dinar sebab saya fikir, kepuasan saya ialah MEMBANTU dan mempermudahkan hidup orang lain. Rezeki saya tu Tuhan dah jamin. Moga dengan layan belian kecik-kecik ni, Allah gandakan rezeki dan permudahkan hidup kami sekeluarga. InsyaAllah.

Sumber: Mohd Zulkifli

No comments:

Post a Comment