Tuesday, October 30, 2012

Public Gold Terkeluar dari "Alert List" BNM


Alhamdulillah, lepas sebulan penat explain pasal isu ni, akhirnya yang benar tetap benar. Public Gold telahpun terkeluar dari "Alert List" Bank Negara Malaysia semalam (28 Oktober 2012). Sahabat semua boleh klik DI SINI untuk dapatkan Alert List terkini. Maksudnya, BNM telahpun sahkan Public Gold menjalankan aktiviti jual beli emas secara tulen, tak ada apa-apa SKIM pelaburan ditawarkan.

Dari awal lagi saya rasa ada yang tak kena dengan penyenaraian Public Gold dalam Alert List tu. Demi untuk menengkan pelabur, saya ulas secara detail di artikel "Public Gold Tersenarai Alert List BNM, Apa Cerita?". Kalaupun benar ada isu, isunya sangat kecil dan langkah pembetulan dapat dibuat dengan mudah sebab Public Gold memang sebuah syarikat yang komited dengan undang-undang. Sebelum bermula operasi lagi, Public Gold dah pun hantar surat memohon kebenaran untuk jalankan aktiviti jual beli emas dan mendapat respon yang positif dari BNM.

Sumber: Mohd Zulkifli

No comments:

Post a Comment