Sunday, August 19, 2012

Kenapa Perlu Melabur Dalam EMAS?


Di sini saya akan menyenaraikan beberapa sebab kenapa seseorang perlu melabur dalam emas. Di antaranya ialah:
  1. Security - selamat daripada dirompak oleh inflasi, cukai, admin fee, dan lain-lain.
  2. Protection - emas adalah penyimpan nilai yang baik dalam jangka masa panjang.
  3. Liquid - cepat dan mudah untuk mendapatkan duit segera dengan menjual atau menggadainya.
  4. Profitable - keanaikan harga emas di atas 20% membolehkan pelaburnya mendapat keuntungan yang lumayan.
  5. Portable - senang dibawa dan disimpan di mana sahaja.
  6. Durable - tahan lasak dan tidak boleh dimusnahkan serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir.
  7. Ownership & Stewardship - sendiri punya, sendiri mahu urus ikut suka.
  8. Privacy - hanya Tuhan dan pemilik emas sahaja yang tahu berapa banyak dan di mana emas disimpan.
  9. Low Risk - pelaburan emas adalah pelaburan dengan risiko yang sangat rendah.
  10. Tax & Admin Free - bebas dari cukai keuntungan (gain tax) dan sebarang kos pengurusan.
  11. Beauty & Pride - emas sebagai simbol kecantikan, kekayaan dan kekuasaan
  12. Worldwide Acceptable - diterima serta diiktiraf sebagi sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia.
Jongkong Emas Public Gold

Sifat-sifat pelaburan emas/perak adalah seperti berikut:

Modal kecil, untung besar – Tak macam jenis pelaburan yang lain. Nak untung besar, modal pelaburan kena besar. Contohnya pelaburan hartanah. Memang besar kos yang perlu anda keluarkan. Kos urusan dokumen lagi, upah lawyer lagi, upah orang tengah lagi. Emas dan perak tak perlu modal yang besar. Cukup dengan RM 300, anda boleh mulakannya.

Tak perlu pantau setiap masa – Tak macam jenis pelaburan yang lain. Kena pantau setiap masa. Kalau kena pantau setiap masa, memang memenatkan.Contohnya macam pelaburan saham. Sekiranya tak dipantau graf turun naik,silap haribulan anda rugi terus muflis. Emas dan perak tak perlu dipantau setiap masa. Paling kuat pun, anda pantau 5 minit sehari. Jika anda tak nak pantau pun tiada masalah.

Kalis krisis ekonomi –Tak macam jenis pelaburan lain. Semuanya bergantung kepada nilai matawang. Jika matawang jatuh, maka jatuhlah nilai pelaburan mereka. Bertambah parah apabila berlaku krisis ekonomi. Nilai matawang terus menyusut dan susut tak naik-naik ke tahap yang asal. Emas dan perak pula lain ceritanya. Nilai pelaburan yang anda laburkan kekal pada paras yang sama atau semakin bertambah.


Keuntungan terus meningkat – Tak macam jenis pelaburan lain. Apabila jatuh, terus jatuh tak naik-naik. Jika naik sekalipun, pada kadar yang sangat kecil. Emas dan perak tak macam tu. Jika jatuh, nilainya akan naik berkali ganda daripada yang asal. Lagipun, keuntungannya terus meningkat tahun demi tahun.


Friday, August 17, 2012

Pelaburan Mana Satu Lebih Menguntungkan?


Salah satu cara untuk menjadi kaya adalah dengan menyimpan wang. Tetapi menyimpan wang sahaja tidak boleh membuat seseorang menjadi kaya. Untuk menjadi kaya, selain perlu menyimpan wang seseorang perlu melaburkan wangnya tersebut supaya boleh menghasilkan pulangan yang maksimum. Di bawah beberapa senario simpanan / pelaburan yang mana satu lebih menguntungkan.




Menyimpan Wang di Bank

Dividen yang boleh diberikan oleh bank ialah sebanyak 3% setahun. Jika pada awal tahun seseorang menyimpan wang RM 10,000 di dalam bank, dengan kadar keuntungan 3% setahun, maka pada akhir tahun wangnya akan menjadi RM 10 300 sahaja.

Menyimpan Wang di Tabung Haji

Pada kebiasaannya Tabung Haji memberikan dividen lebih dari 5% setiap tahun. Dan itu sudahpun termasuk potongan zakat sebanyak 2.5%. Dividen Tabung Haji bagi tahun 2010 adalah 5.5%. Bermakna jika pada awal tahun 2010 seseorang menyimpan wang RM 10,000 di Tabung Haji, maka pada akhir tahun 2010 wangnya akan menjadi RM 10,550. Ini lebih baik berbanding menyimpan wang di bank.

Melabur Dalam Saham/Tabung Amanah

Lazimnya pelaburan saham/Tabung Amanah terdedah kepada keadaan ekonomi. Selain kena bayar fee remizer/konsultan, keuntungan hanya dikira selepas kos ini langsai. Keuntungan bergantung pada nilai unit saham yang dilaburkan. Sekiranya naik harga seunit maka dapatlah keuntungan dan begitulah sebaliknya. Maka risikonya amatlah tinggi kerana terdedah kepada market forces

Menyimpan Wang dalam Bentuk Emas

Jika seseorang menukar RM10,000 dalam bentuk eams pada awal tahun 2010, maka pada akhir tahun 2010 nilai RM 10,000 tersebut akan menjadi (lebih kurang) RM12,623 memandangkan kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah 26.30% menurut goldprice.org.


Kenaikan harga emas 2001 - 2011

Menyimpan Wang dalam Bentuk Perak

Sekiranya pada awal tahun 2010 RM10,000 tersebut ditukar kepada perak, mengikut graf di bawah yang bersumber dari silverprice.org, maka pada akhir tahun 2010 nilainya akan menjadi (lebih kurang) RM17,068, berdasarkan kenaikan harga perak sebanyak 70.68% pada tahun itu.



Pilihannya di tangan anda ...




Jadi, bagaimanakah kaedah menyimpan wang dengan bijak? Anda sendiri yang berhak menentukannya. Menyimpan dalam bentuk emas dan perak lebih banyak berbanding yang lainnya.

Sumber: Hikmah Gold

Thursday, August 16, 2012

Harga Minyak dan Emas Di jangka Naik Tahun Ini





WEDNESDAY, 11 APRIL 2012



Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global, kata Standard Chartered Bank. Ketua Pakar Strategi pelaburan pengurusan kekayaan kumpulan perbankan konsumernya, Steve Brice, berkata harga emas dijangka mencecah purata AS$1,975 seauns dalam suku keempat, disebabkan oleh empat faktor.

Faktor-Faktor Kenaikan Harga Emas 2012

1) Tahap hutang yang tinggi di Barat;
2) Kadar faedah sebenar yang negatif;
3) Permintaan tinggi dari China dan India serta bank-bank pusat; dan
4) Bekalan terhad logam berharga itu.

Beliau berkata keadaan tidak menentu ekonomi global yang berterusan telah merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif lindung nilai berbanding pelaburan yang lebih berisiko.
Faktor-Faktor Kenaikan Harga Minyak 2012

Beliau berkata harga minyak dijangka meningkat kepada AS$100 setong dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini ekoran risiko geopolitik di Timur Tengah dan permintaan kukuh dari pasaran-pasaran baru muncul, terutama China. 

– BHarian Online

Wednesday, August 15, 2012

Pelaburan Perak Lebih Menguntungkan?



Anda akan mendapat jawapan dari soalan di atas dengan menonton video di bawah ini.


Dalam video di atas, Tuan Robert T Kiyosaki menyebutkan beberapa perkara, anataranya ialah:
  • Perak adalah salah satu wang dari Tuhan, seperti juga emas.
  • Pada tahun 1971, duit kertas tidak lagi disandarkan pada emas dan perak.
  • Cash is trash. Duit kertas seperti sampah.
  • Harga perak lebih murah berbanding emas.
  • Dollar (dan wang fiat lainnya) akan terus jatuh, manakala yang lain akan terus naik.
  • Perak banyak digunakan untuk industri seperti cell phone, telefon, komputer, barangan elektrik dan lain-lain.
  • Menurut hukum ekonomi supply & demand, kenaikan harga perak lebih tinggi berbanding emas
Sumber: Hikmah Gold

Monday, August 6, 2012

Adakah Public Gold sebuah SCAM?

Ramai sedar akan kewujudan entiti perniagaan Emas Public Gold. Walau bagaimanapun, oleh kerana pelaburan emas merupakan jenis pelaburan yang melibatkan wang ringgit yang banyak, ramai yang mengambil sikap berhati-hati malah ada juga yang skeptikal tentang kewujudan entiti atau syarikat emas tertentu. Tidak hairanlah, bagi mereka yang tidak tahu, ada yang mengatakan bahwa Public Gold adalah sebuah scam!! Ia dianggap Scam kerana terdapatnya istilah "introducer/penaja" yang nampak seolah-olah PG mengamalkan Scam/MLM Scam. Tambahan pula dikala laman web PG mengalami sedikit kesulitan, maka tersebarlah bermacam-macam lagi spekulasi terhadap entiti Perniagaan Public Gold ini.


Ibu Pejabat Public Gold, Pulau Pinang

Setelah membuat sedikit kajian mengenai Scam dan perniagaan MLM menerusi sudut pandang syariah dan juga perniagaan terbukti perniagaan secara multilevel tidaklah diharamkan dari sudut syariah secara keseluruhannya. Ini kerana  perniagaan mlm terbahagi kepada 2 jenis iaitu samaada ia patuh syariah dan tidak patuh syariah. Reka bentuk MLM yang boleh pada asalnya selari dengan syariah seringkali dilencongkan hingga menjadikannya suatu yang diharamkan. 

Ironinya, pemain MLM itu sendiri sama ada syarikat atau ejen pengedar yang membentuk dan memandu sistem pengedaran mereka menjadi tidak serasi dengan hukum Islam. Hal ini boleh dikesan melalui pelan pemasaran, produk, harga, komisyen dan pelbagai elemen lain yang tidak memenuhi kontrak muamalat.

Hakikat yang perlu diakui, MLM adalah instrumen pemasaran yang baik untuk mengedar sesuatu produk atau perkhidmatan. Ini berlaku apabila pengedar yang dilantik oleh syarikat akan membentuk rangkaian pengedar lain di bawahnya. Seterusnya mereka akan mendapat bonus, komisyen atau insentif hasil daripada jualan peribadi dan rangkaian masing-masing.

Dari aspek kontrak muamalat, MLM biasanya melibatkan kontrak al-Bay’ (jual-beli) dan al-Ju’alah (upah). Oleh itu, sistem pemasaran ini sewajarnya menepati dengan semua syarat kontrak-kontrak tersebut seperti produk jualan hendaklah halal, wujud semasa akad dan boleh diserah kepada pembeli. Selain itu, bonus atau komisyen juga hendaklah diketahui nisbahnya, dimiliki oleh syarikat dan bukannya diambil daripada yuran keahlian downline yang ditaja oleh pengedar.

Justeru, MLM yang patuh syariah bukannya menjalankan transaksi secara skim piramid atau money games yang menghendaki peserta baru (downline) membayar yuran dan kemudian bayaran tersebut akan diagihkan kepada pemilik skim dan upline. Objektif utama MLM mengikut syariah adalah menjual produk dan bukannya menaja downline. Keuntungannya adalah daripada keuntungan jualan produk dan bukannya kutipan yuran keahlian.

Kadang-kadang wujud dalam sistem MLM jelmaan daripada money games yang produknya hanyalah replika duplikasi laman web yang boleh menempatkan downline yang ditaja secara automatik. Sasaran sistem tersebut adalah menaja dan menempatkan rangkaian dan bukannya untuk jualan produk.

Walaupun kebanyakkan sistem sebegini mempunyai produk dalam halaman laman web tersebut, ia hanyalah helah dan tempelan sampingan untuk mengesahkan transaksi mereka. Ini boleh dikesan melalui jenama produk yang langsung tidak dikenali, tetapi harganya sangat tinggi dan melampau berbanding produk yang hampir-hampir sama di pasaran. Malah, kadang-kadang produk tersebut adalah beberapa buah e-book digital yang sebenarnya boleh dicari dan dimuat turun secara percuma di internet.

Pemasaran secara MLM juga jauh daripada syariah apabila wujudnya elemen pengharaman dalam muamalat Islam seperti riba, judi, gharar (ketidakpastian) dan penipuan serta pemalsuan. Unsur penipuan sebagai contohnya boleh dilihat melalui promosi serta gambaran melampau terhadap sesuatu produk sedangkan hakikat kualitinya tidak begitu dan harganya juga jauh lebih tinggi dengan produk setaranya di pasaran.

Kadang-kadang tipudaya melibatkan para pengedar yang ditonjolkan dengan gambar berkereta mewah seolah-oleh syarikat yang menghadiahkannya sedangkan hakikatnya syarikat hanya membayar deposit seribu dua ringgit sahaja dan bulanannya sebanyak empat lima ribu ringgit dibayar oleh pengedar itu sendiri.
Begitu juga gharar juga boleh berlaku apabila upline memperolehi keuntungan daripada jualan downline dengan hanya duduk diam bergoyang-kaki. Segala usaha jualan dilakukan oleh downline tetapi upline memperolehi habuan jualan tersebut kerana terlibat sebagai penajanya. Begitu juga hal ini berlaku apabila jarak antara kedua-duanya terlalu jauh hingga tiada suatu usaha seperti bimbingan atau motivasi kepada rangkaian downlinenya.

Justeru, semua perkara tersebut hendaklah dielakkan untuk menjamin rezeki yang diperolehi adalah halal dan berkat dalam pertumbuhan daging tubuh kita. Sikap berhati-hati dan memilih menurut piawai syarat perlu diutamakan daripada impian dan nafsu kekayaan melimpah-ruah.

Oleh itu, pemain industri pemasaran ini terutamanya syarikat dan pengedar MLM hendaklah mengambil langkah-langkah berikut dalam membaiki sistem mereka supaya bertepatan dengan syariah : 
(i) Profil syarikat MLM hendaklah bersih daripada terlibat atau mempunyai saham dalam industri yang diharamkan.- PG jelas tidak terlibat dengan aktiviti ini! 
(ii) Perniagaan MLM hendaklah berasaskan kontrak muamalat Islam seperti jual beli produk atau perkhidmatan dan bukannya berbentuk skim piramid, skim cepat kaya atau money games. - PG jelas menitik beratkan penjualan produk bukannya menjurus kepada penjualan skim! 
(iii) Produk atau perkhimatan yang ditawarkan adalah halal, bermanfaat dan sah di sisi syariah serta undang-undang negara.- PG jelas mempunyai produk yang SANGAT bermanfaat! 
(iv) Upah untuk pengedar yang mencari ahli dan downline baru adalah daripada peruntukan syarikat atau suatu dana khas dan bukannya daripada yuran penyertaan mereka. - PG jelas memberi komisyen kepada pengedar atas penjualan produk bukan yuran keahlian! 
(v) Harga jualan produk tidak terlalu mahal dan melampau hingga melebihi dua kali ganda nilai berbanding dengan harga pasaran. - PG jelas menjual produk mengikut harga semasa pasaran Dunia! 
(vi) Keuntungan, komisyen atau bonus yang diperolehi hendaklah jelas ditetapkan serta daripada hasil jualan peribadi, jualan kumpulan atau bimbingan kepada downline dan bukannya daripada bayaran yuran pendaftaran atau tajaan ahli baru.-PG sangat jelas dalam pemberian komisyennya! 
(vii) Keuntungan dan komisyen yang diperolehi oleh upline adalah daripada downline yang dibantunya sahaja dan tidak terlalu jauh jarak antara kedua-duanya. - PG jelas dalam pemberian komisyennya! 
(viii) Upline dan downline mempunyai hak yang sama untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi antara satu sama lain berdasarkan jualan yang dilakukan dan bukannya atas faktor siapa yang masuk dahulu sentiasa akan untung lebih tinggi. -PG sangat jelas dalam memberi keuntungan secara adil kpd setiap dealernya. 
(ix) Upline hendaklah mengadakan pertemuan, latihan, teknik pemasaran motivasi dan bantuan kepada downline untuk melayakkannya menerima komisyen jualan orang bawahannya. - PG jelas sentiasa memberi bimbingan kepada usahawan yang baru! 
(x) Syarikat MLM hendaklah melantik Panel Penasihat Syariah dalam organisasi mereka untuk mencadang kelulusan dan memantau setiap produk dan pelan pemasaran supaya selari dengan muamalat Islam. -  PG jelas sudah melantik panel syariahnya.
l
Penulis ialah Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan boleh dihubungi melalui email najahudin@salam.uitm.edu.my.

Sumber Rujukan: Komuniti Emas.com

Wednesday, August 1, 2012

e-Fatwa: Pelaburan Emas Genneva Gold Tidak Sah?

Bagi mereka yang ingin melabur emas perlulah berhati-hati, apabila sesuatu skim pelaburan menawarkan pulangan yang lumayan, kita perlulah membuat sedikit penyelidikan, perlu mempunyai perasaan inquisitive,  adakah entiti perniagaan itu  genuine atau tidak? Banyak telah diperkatakan mengenai skim pelaburan Genneva Gold yang dikatakan mematuhi syariah yang menawarkan pulangan bulanan yang tinggi sehingga ke tahap mencurigakan. Akhirnya diistiharkan bahwa Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011 seperti tertera di bawah.


http://www.e-fatwa.gov.my/galeri-gambar/newsletter-e-fatwa


Ibu Pejabat Genneva Syariah di Jalan Kucai Lama, KL.