Bagi mereka yang ingin melabur emas perlulah berhati-hati, apabila sesuatu skim pelaburan menawarkan pulangan yang lumayan, kita perlulah membuat sedikit penyelidikan, perlu mempunyai perasaan inquisitive, adakah entiti perniagaan itu genuine atau tidak? Banyak telah diperkatakan mengenai skim pelaburan Genneva Gold yang dikatakan mematuhi syariah yang menawarkan pulangan bulanan yang tinggi sehingga ke tahap mencurigakan. Akhirnya diistiharkan bahwa Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011 seperti tertera di bawah.
http://www.e-fatwa.gov.my/galeri-gambar/newsletter-e-fatwa
Ibu Pejabat Genneva Syariah di Jalan Kucai Lama, KL.
No comments:
Post a Comment