Salah satu cara untuk menjadi kaya adalah dengan menyimpan wang. Tetapi menyimpan wang sahaja tidak boleh membuat seseorang menjadi kaya. Untuk menjadi kaya, selain perlu menyimpan wang seseorang perlu melaburkan wangnya tersebut supaya boleh menghasilkan pulangan yang maksimum. Di bawah beberapa senario simpanan / pelaburan yang mana satu lebih menguntungkan.
Menyimpan Wang di Bank
Dividen yang boleh diberikan oleh bank ialah sebanyak 3% setahun. Jika pada awal tahun seseorang menyimpan wang RM 10,000 di dalam bank, dengan kadar keuntungan 3% setahun, maka pada akhir tahun wangnya akan menjadi RM 10 300 sahaja.
Menyimpan Wang di Tabung Haji
Pada kebiasaannya Tabung Haji memberikan dividen lebih dari 5% setiap tahun. Dan itu sudahpun termasuk potongan zakat sebanyak 2.5%. Dividen Tabung Haji bagi tahun 2010 adalah 5.5%. Bermakna jika pada awal tahun 2010 seseorang menyimpan wang RM 10,000 di Tabung Haji, maka pada akhir tahun 2010 wangnya akan menjadi RM 10,550. Ini lebih baik berbanding menyimpan wang di bank.
Melabur Dalam Saham/Tabung Amanah
Lazimnya pelaburan saham/Tabung Amanah terdedah kepada keadaan ekonomi. Selain kena bayar fee remizer/konsultan, keuntungan hanya dikira selepas kos ini langsai. Keuntungan bergantung pada nilai unit saham yang dilaburkan. Sekiranya naik harga seunit maka dapatlah keuntungan dan begitulah sebaliknya. Maka risikonya amatlah tinggi kerana terdedah kepada market forces.
Melabur Dalam Saham/Tabung Amanah
Lazimnya pelaburan saham/Tabung Amanah terdedah kepada keadaan ekonomi. Selain kena bayar fee remizer/konsultan, keuntungan hanya dikira selepas kos ini langsai. Keuntungan bergantung pada nilai unit saham yang dilaburkan. Sekiranya naik harga seunit maka dapatlah keuntungan dan begitulah sebaliknya. Maka risikonya amatlah tinggi kerana terdedah kepada market forces.
Menyimpan Wang dalam Bentuk Emas
Jika seseorang menukar RM10,000 dalam bentuk eams pada awal tahun 2010, maka pada akhir tahun 2010 nilai RM 10,000 tersebut akan menjadi (lebih kurang) RM12,623 memandangkan kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah 26.30% menurut goldprice.org.
Sekiranya pada awal tahun 2010 RM10,000 tersebut ditukar kepada perak, mengikut graf di bawah yang bersumber dari silverprice.org, maka pada akhir tahun 2010 nilainya akan menjadi (lebih kurang) RM17,068, berdasarkan kenaikan harga perak sebanyak 70.68% pada tahun itu.
Pilihannya di tangan anda ...
Jadi, bagaimanakah kaedah menyimpan wang dengan bijak? Anda sendiri yang berhak menentukannya. Menyimpan dalam bentuk emas dan perak lebih banyak berbanding yang lainnya.
Sumber: Hikmah Gold
No comments:
Post a Comment